Thursday 3 October 2013

Apa it Kolagen Mentah?

Assalamualaikum pembuka kata bicara...





Tahukah anda?


Penghasilan Kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia menjangkau 25 tahun? 



Kesan pengurangannya mula dirasai lebih kurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. 
Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan kita. Oleh itu, Kolagen diambil 
sebagai makanan kesihatan.







Salah satu faktor yang menyumbangkan ke arah berkurangnya kolagen...




Masih terlalu ramai orang yang tak tahu tentang khasiat ibu kolagen ni, produk asli yang amat murah tapi amat berkesan.  

Tak perlu lagi buat suntikan kolagen, makan pil-pil pemutih untuk nak jadi gebu dan kulit putih serta AWET MUDA. 

Selama ini kita lebih disogokkan dengan produk-produk komersial yang ada di pasaran yang mana telah dicampurkan dengan bahan-bahan lain dan harganya berlipat-lipat kali ganda sehingga mencecah ratusan ringgit! 

Khasiat ibu kolagen ini adalah 10x lebih tinggi dari sarang burung walit, in shaa Allah, boleh mngubati berbagai jenis penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, sakit sendi,   sakit lutut dan sebagainya.



Mencegah 
lebih baik daripada 
Mengubati !!!


Apa itu Kolagen Asli Mentah?

Kolagen asli mentah adalah rumpai laut berkualiti tinggi dari Semporna, Sabah dan telahpun digunakan dalam industri kosmetik, skincare, makanan ringan dan lain-lain. Ia telah dikeringkan terlebih dahulu dan siap sedia digunakan sebagai terapi kesihatan dan kecantikan dalaman dan luaran. Produk yang sangat diperlukan dan dikehendaki oleh orang ramai terutamanya wanita yang mementingkan penampilan tubuh dan dalaman yang terbaik dalam pasaran ketika ini.






Kolagen terdapat dalam bermacam-macam jenis...



Namun, kami hanya membekalkan 3 jenis kolagen mentah iaitu : 

*****************

Gred AA (warna kuning) 

Gred AAA (warna ungu) 

Gred AAAA (warna hijau)

*****************

Gred Kolagen dikelaskan berdasarkan cara ianya diproses....






Kualiti Gred AAAA...





KHASIAT, PENGAMBILAN DAN PENYEDIAAN


BERIKUT MERUPAKAN ARTIKEL DARIPADA AKHBAR 

BERITA HARIAN 15.4.2013....



Dipercayai sebagai ejen anti-penuaan untuk menambah Kolagen

Rumpai laut yang dianggap 'ibu kolegen' mentah kini semakin popular dan ramai khususnya wanita mengambilnya untuk dijadikan makanan tambahan bagi menjaga kesihatan serta kecantikan. 
Khazanah laut pelbagai warna seperti hijau, merah, hijau biru dan perang ini boleh dimakan secara mentah, dimasak atau dikeringkan. 
 
Rumpai laut mengandungi kandungan mineral, asid amino dan beta karotein serta protein yang tinggi bagi membantu mengekalkan kolagen dalam kulit," Dr Muta Harah Zakaria, Pensyarah Jabatan Akuakultur Fakulti Pertanian, UPM.

Penggunaan ibu kolegen spesis Eucheuma Cottonii dan Euchuema Kappayachus atau nama tempatannya agar-agar kini dipelbagaikan fungsinya dalam bidang kecantikan dan boleh didapati daripada rumpai mentah, sabun dan pil melalui ekstrak rumpai. 

Harga rumpai laut yang banyak tumbuh melatari laut di Sabah ini begitu murah dan mempunyai gred tersendiri. Produk berasaskan rumpai laut ini juga banyak dipasarkan menerusi jualan langsung dengan pelbagai jenama.

Khasiatnya dikatakan lebih berkali ganda daripada menghirup sup ikan Yu atau sup sarang burung yang harganya lebih mahal membuatkan ramai wanita memilih tumbuhan dasar laut itu.




Menjamin kecantikan? 

Persoalannya adakah rumpai laut jenis itu mengandungi kolegen untuk mampu menjadi ejen anti penuaan, menambah keserian, keanjalan dan kemulusan kulit? Adakah ia selamat digunakan? Adakah ia bebas daripada keracunan dan mendatangkan kesan jangka panjang kepada kulit dan kesihatan kepada pengamalnya?

Pensyarah Jabatan Akuakultur Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Muta Harah Zakaria, ketika diminta mengulas mengenai fenomena pengambilan rumpai laut, menegaskan makanan atau minuman daripada rumpai laut tidak membahayakan kerana ia mengandungi kandungan mineral, asid amino dan beta-karotein dan protein tinggi yang membantu mengekalkan kolagen di dalam kulit. 

Katanya, bahan berkenaan digunakan secara meluas dalam pembuatan kosmetik dan digunakan banyak kepentingannya dalam bidang perubatan.

“Rumpai laut seperti Laminaria, Fucus, Sargassum dan Turbinaria sudah digunakan sejak berkurun dulu untuk mengubati beberapa penyakit seperti goiter, cirit-birit dan masalah usus kecil. 

“Beberapa spesies rumpai laut dilaporkan mempunyai nilai antibiotik, antibakteria, antikulat, antitumor, vermifuj dan ubat cacing. Sesetengah spesies pula diketahui boleh merendahkan tekanan darah dan aras kolesterol plasma,” katanya dihubungi, baru-baru ini.


Pelbagai khasiat

Ditanya benarkan rumpai laut mengandungi kolegen, beliau berkata sebenarnya kolagen adalah struktur protein yang berfungsi sebagai pelekat dalam badan. 

Lebih kurang satu pertiga daripada keseluruhan protein dalam badan terdiri daripada kolagen memberikan struktur kepada badan, melindungi, menyokong tisu lembut dan menyambungkannya dengan tulang badan.

“Rumpai laut mengandungi kandungan mineral, asid amino dan beta-karotein dan protein yang tinggi bagi membantu mengekalkan kolagen dalam kulit. Misalnya rumpai laut hijau Caulerpa racemosa mengandungi protein yang tinggi iaitu 11.16 peratus berbanding kubis bunga 1.8 peratus saja,” katanya.

Rumpai laut jenis merah (misalnya Kappaphycus sp) mempunyai kepentingan ekonomi kerana ia adalah sumber bahan mentah untuk pengekstrakan karagenan iaitu kandungan bahan yang ada dalam rumpai laut yang dianggap sebagai kolagen oleh orang ramai.

Secara kimia, karagenan menyerupai agar-agar tetapi mempunyai kandungan abu yang tinggi dan memerlukan kepekatan tinggi untuk membentuk gel.
Jelasnya, kandungan karagenan dalam rumpai laut yang sudah di ekstrak membantu mengekalkan keanjalan kulit dan kerana orang ramai menganggap tumbuhan itu membekalkan kolagen. 





Kajian lain

Berdasarkan pencarian hasil kajian terhadap kebaikan rumpai laut jelas menunjukkan bahan berkenaan mampu bertindak secara positif dalam membantu mencantikkan kulit, antaranya:

* Laman berita CBS New York, melaporkan kajian baru mereka menjelaskan rumpai laut mungkin benar-benar berfungsi membantu masalah kesihatan dan memperbaiki kulit. Beberapa pandangan umum diambil daripada pakar yang menyarankan pengambilan rumpai laut organik dan bukan yang sudah dituai kerana dikhuatiri tidak selamat untuk dimakan.

* Kaunselor Kesihatan Holistik New York, Andre Beaman, berkata rumpai laut mengandungi vitamin dan mineral. 

“Saya rasa ramai dan lebih ramai orang Amerika mula makan tumbuhan ini dan menemui khasiatnya. Rumpai jenis Nori antara yang tumbuhan laut paling popular dengan warna hijau dan hitam yang membalut sekeliling sushi,” katanya.

* Pemilik syarikat produk kecantikan rumpai laut New York, Lydia Sarfati, menerangkan kepada CBS rumpai laut mampu menyahtoksik dan mencantikkan kulit tanpa sebarang mudarat pada kulit.

* Pakar Dermatologi New York, Dr Jebra Jaliman, berkata rumpai laut yang melatari laut mempunyai vitamin yang sangat baik dan antioksidan yang mampu memerangi penyakit ekszema dan rosacea. Rumpai laut mempunyai banyak vitamin B, E dan C, selain mampu mengatasi masalah keradangan kulit.

* Pakar Bedah Ortopedik Pusat Perubatan Beth Israel, berkata barisan penyelidik berharap tumbuhan itu menjadi bahan berkesan menangani penyakit jantung dan arthritis.

“Kajian demi kajian dilakukan untuk melihat sama ada rumpai laut benar-benar memberi kesan yang boleh dibuktikan secara saintifik,” katanya.

INFO: Rumpai laut

* Industri rumpai laut dijangka berkembang apabila ia turut diperluaskan sebagai bahan tambahan dalam pelbagai produk kesihatan, farmaseutikal dan kosmetik.
* 150,000 tan metrik rumpai laut dikeluarkan dengan nilai RM1.45 bilion menjelang tahun 2020.
* Sabah pengeluar rumpai laut di Malaysia 



INFO: Khasiat rumpai laut untuk kecantikan dan kesihatan




Kesihatan


• Terkenal sebagai ejen kecantikan kulit semula jadi.
• Menjadikan kulit lebih putih dan tegang.
• Melancarkan kitaran darah.
• Melicin dan menegangkan kulit dan payudara ( anti penuaan)
• Melambatkan proses penuaan dan melangsingkan badan.
• Mengekalkan kelembapan dan menganjalkan kulit.
• Menaikkan tekstur kulit dan seri wajah.
• Mengurangkan pembentukkan selulit.
• Menguatkan akar rambut dan menjadikan rambut sihat dan bersinar

Kecantikan


• Menambah baik dan meningkatkan tahap kesihatan sendi tulang.
• Meningkatkan nafsu dan daya keintiman
• Iodine yang ada di dalamnya mampu memperbaiki fungsi kelenjar thyroid sekaligus     

   mencegah masalah Goiter iaitu kelenjar Thyroid membengkak.
• Membantu mengurangkan kolesterol dalam badan.
• Membantu dan merawat penyakit gastrik.



sapu di muka sebagai masker

Keburukan


* Jangan mengambil terlalu berlebihan kerana rumpai laut mengandungi iodin yang boleh menyebabkan keracunan, sakit perut dan mampu menghakis perut.







ANTARA KHASIAT Kolagen MENTAH INI :

* MENCERAHKAN KULIT MUKA DAN BADAN
* MENGGEBU SERTA MENGANJALKAN KULIT.
* MENGHALANG TANDA-TANDA PENUAAN ANTI AGING
* MENYIHATKAN ORGAN ORGAN DALAMAN BADAN
* ANTI BAKTERIA, ANTI JERAWAT
* DETOKSIFIKASI
* MENGELAKKAN MASALAH JANTUNG
* MENGAWAL BERAT BADAN
* MENYEIMBANGKAN TEKANAN DARAH.
* AWET MUDA
* MENGUATKAN AKAR RAMBUT DAN MENCEGAH KEGUGURAN
* MENGUATKAN SENDI BADAN
* MERAWAT KENCING MANIS



Apakah KEBAIKAN Kolagen ASLI ?

* Melaraskan berat badan dan hormon
* Peningkatan Payudara
* Anti-bakteria
* Membuang Toksin
* Menghilangkan sembelit
* Mengurangkan tekanan darah tinggi
* Mencantikkan kulit
* Melicin dan menegangkan kulit serta payudara (anti penuaan)
* Memulihkan sel-sel kulit mati
* Menormalkan fungsi kelenjar tiroid
* Mengurangkan kedutan tempat hitam, selulit & jerawat
* Membantu meningkatkan metabolisme
* Melancarkan peredaran darah dsbnya..




The Star...


NONA...





Kajian mengenai Kolagen...







Proses menggunakan kolagen ini....



CARA- CARA PENYEDIAAN

1.  BASUH KOLAGEN MENTAH HASILNNYA SEBNYAK 5 KALI, 
     GAUL DGN SERBUK BIKARBONAT UTK MENGHILANGKAN BAU.
2.  RENDAM KEDALAM AIR SEJUK DI BEKAS PLASTIK SELAMA SEHARI
3.  KELUARKAN KOLAGEN, BASUH SEKALI LAGI
4.  REBUS KOLAGEN DENGAN SUHU SEDERHANA SELAMA 40 MINIT 
     DIKACAU SENTIASA .  GUNA 1 atau 800ml LITER AIR.
5.  SEJUKKAN KOLAGEN KEDALAM PETI SEJUK.
6.  HASILNNYA SEAKAN AKAN AGAR-AGAR.`

~~UNTUK UNGU= BASUH 6X DGN AIR PUTIH, PASTU BASUH 2X DGN AIR ASAM JAWA..GAUL DENGAN SERBUK BIKARBONAT..BASUH LAGI SEKALI DGN AIR PUTIH..MASA RENDAM..GUNA DAUN PANDAN SEKALI..MASA REBUS..GUNA DAUN PANDAN GAK UNTUK HILANGKAN BAU HANYIR


CARA PENGAMBILAN :

AMBIL 3 SUDU BESAR KOLAGEN KE DALAM AIR SUAM. KACAU SEHINGGA MENJADI CAIR. AMALKAN 3 KALI SEHARI. SEBELUM SARAPAN, SEJAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI DAN SEBELUM TIDUR.( BOLEH CAMPUR DENGAN MANA-MANA PERISA MINUMAN ATAU JUS BUAH BUAHANAN. 

ELAKKAN MEMINUM MINUMAN BERGAS DAN BERKAFEIN UNTUK HASIL YANG LEBIH CEPAT. AMALKAN SEKALI PENGAMBILAN VITAMIN C 500 GM SETIAP HARI UNTUK HASIL YANG MAKSIMUM.





SECARA KESIMPULANNYA.. 
UNGU LEBIH BAIK UNTUK MERAWAT MASALAH PENYAKIT KRONIK SEPERTI SAKIT JANTUNG,GOUT, STROK DAN SEBAGAINYA. HIJAU PULA MEMPUNYAI KEBAIKAN UNTUK MERAWAT PENYAKIT DALAMAN DAN MENJAGA KECANTIKAN KULIT. MANAKALA UNTUK KUNING, IA LEBIH KEPADA FUNGSI KECANTIKKAN KULIT LUARAN....


KANDUNGAN ZAT GALIAN DIDALAM RUMPAI UNGU SANGAT BERMANFAAT UNTUK MEMBASMI BAKTERI, MASALAH SISTEM SARAF DAN KEGAGALAN FUNGSI ORGAN

BAGI KUNING PULA...KANDUNGAN Kolagen MENTAHNYA SANGAT BAIK UNTUK MENJAGA KESIHATAN KULIT DAN MEMBERIKAN KESAN KEPADA NILAI KECANTIKAN ANDA......

HIJAU YANG KAYA DENGAN Kolagen DAN KLOFOFIL MEMPUNYAI KEBAIKAN UNTUK MENJAGA KECANTIKAN DI SAMPING MERAWAT MASALAH DALAMAN .

SILALAH ANDA  MEMBUAT KEPUTUSAN YANG SEBAIK MUNGKIN DIANTARA KETIGA-TIGA RUMPAI LAUT INI.....




Kesan semasa pengambilan Kolagen :

1-2 minggu pertama
* kulit yang kering menjadi lebih licin & lembab

2-3 minggu
* Garisan kedut halus mula menghilang, liang roma semakin 
   mengecil, kulit menjadi lebih anjal & gebu

3-4 minggu
* Bintik-bintik hitam serta jeragat mula menghilang
* Kulit menjadi lebih cantik & berseri

4 minggu ke atas
* pesakit gout, arthritis, sendi & tulang mula sembuh     
   perlahan-lahan.


Apakah Krisis Pemulihan (Healing Crisis)?

Krisis pemulihan ialah suatu proses di mana badan seseorang melalui jangkamasa pembersihan dan pembinaan semula. Sebagai sebahagian daripada proses pemulihan, badan seseorang akan mula menyingkirkan sisa toksik yang telah lama terkumpul di dalam badan selama bertahun-tahun.dah bermacam2 benda masuk dalam tubuh kita, bahan2 kimia, pengawet, ubat2 hospital, lemak2 dan lain2.

Semasa proses penyingkiran toksik, badan anda akan mengalami tanda-tanda dan gejala tidak selesa, dan ini diiktiraf sebagai krisis pemulihan. 

Dalam falsafah Perubatan Cina, pemulihan yang sebenar perlu sentiasa didahului dengan krisis pemulihan.


Mengapa Terjadi Krisis Pemulihan (Healing Crisis) Setelah Mengambil Kolagen mentah rumpai laut ni?

Menurut Profesor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila seseorang mengambil supplement ke dalam diet, nutrien akan bertindakbalas dengan oksigen di dalam tubuh. Tindakbalas ini sebenarnya menggalakkan dan merangsang organ badan supaya bekerja lebih kuat untuk melakukan pembersihan, penghapusan, menggantikan tisu yang lama dengan tisu baru, pengimbangan, dan sebagainya.

Sebagai contoh, anda mungkin mengalami ruam kulit, lebih banyak pergerakan usus. Ini adalah tanda-tanda badan sedang melalui detoksifikasi.

Bayangkan... jika badan anda adalah seperti paip besi berkarat, dan apabila anda masukkan ke dalam beberapa ejen karat atau pembersih paip. Pada permulaannya, lebih 
karat akan keluar dari dinding paip (toksik). Ia akan nampak lebih teruk kerana kotoran telah membanjiri paip. Tetapi apabila semua karat telah dibersihkn, paip akan 
menjadi cantik dan bersih semula.




FAQ 

Apa itu rumpai laut?
Sejenis tumbuhan herba yg tumbuh secara terapung di laut. banyak terdapat di semporna atau sabah kerana ia sebahagian daripada projek kerajaan malaysia.

Apa khasiat rumpai laut?
Untuk kecantikan kulit dan kesihatan dalaman, mengurangkan risiko penyakit2 kronik kerana rumpai laut mempunyai byk kandungan mineral yang diperlukan badan manusia.

Tak ada kesan sampingan ke?
Penternakan rumpai laut tdk menggunakan apa2 baja atau racun kimia. ia dibiarkan tumbuh sehinggga matang sebelum di pungut. rumpai laut yg dipungut akan dijemur atau stim sehingga kering, kemudian dijual. maka, tiada apa2 campuran bahan kimia,perisa,pengawet atau perwarna tiruan. tiada kesan sampingan.

Siapa boleh ambil rumpai laut ni?
Lelaki dan perempuan kecuali perempuan baru mengandung atau lepas bersalin dan kanak2 bawah 2thn. bagi kanak2 bawah 10 tahun. hadkan pengambilan 1-2 sudu sehari shj.

Kenapa rumpai laut berubah warna dan ada kristal putih?
Kristal putih adalah garam laut. akan hilang apabila dicuci. warna rumpai laut berubah berperingkat2 tetapi jgn risau, khasiat tetap sama.

Harga rumpai laut kuning dgn ungu sama ke?
Stok yg saya jual, harga tak sama. harga stok ungu sedikit tinggi kerana sukar untuk dapatkan rumpai laut ungu dari pembekal. stok terhad dan harga dari pembekal pun lebih tinggi utk rumpai laut ungu.

Beza rumpai laut ungu dgn kuning?
Rumpai laut ungu lebih banyak khasiat berbanding rumpai laut kuning kerana rumpai laut ungu diproses secara semulajadi, rumpai laut kuning diproses secara stim menyebabkan khasiat berkurangan.

Rumpai laut ungu berbau?
Ada sedikit bau tetapi bau akan hilang selepas di cuci atau di rendam.

Berapa lama rumpai laut belum dimasak boleh bertahan?
Setahun lebih jika tdk bercampur dgn apa2 bahan atau cecair.

Bagaimana cara guna rumpai laut ni?

Kaedah pertama; rumpai laut dimasak

-Cuci beberapa kali.
-Rendam semalaman (lebih kurang 5-8jam).
-Kemudian cuci lg beberapa kali.
-rebus dgn air biasa. nisbah utk 100gram = 2-2.5 liter air.
-Masak dgn api perlahan dan kacau sehingga rumpai laut hancur.lebih kurang 20-40minit.
-Biarkan 
Kolagen sejuk dan simpan dalam peti ais.




Cara guna

Masukkan 2-3 sudu ke dalam apa2 minuman. contohnya air sunquick, ribena, abc,cendol, laici kang,bandung, dll. amalkan 3 kali sehari shj. jgn ambil minuman berkafein dan berkarbonat. jgn ambil secara berlebihan,boleh sakit kepala dan sakit perut.

Gunakan 1-2 sudu utk sapu dimuka sebagai masker, biarkan sehingga kering (lebih kurang 20 minit) dan cuci. Amalkan 3 kali sehari. 

Boleh sapu di mana2 anggota badan seperti lengan, bahu, tengkuk atau tumit kaki bg kulit mengelupas. berkesan utk melicinkan kulit, menghapuskan jerawat dan melembutkan kulit.se eloknya sapu sebelum mandi. bila dh kering (lbh kurang 20 minit), boleh mandi.


Kaedah kedua
, makan secara mentah


- Basuh rumpai laut beberapa kali
- Rendam dgn air panas lebih kurang 30minit-1jam. 

   jgn rendam terlalu lama, rumpai laut akan hancur. 
- Kemudian, basuh rumpai laut yg telah direndam.

Hadkan rumpai laut yg ingin direndam utk sehari pengambilan sahaja. Jangan rendam terlalu banyak sebab rumpai laut tak boleh di ambil dalam kuantiti yang banyak.

Cara guna

-Potong halus dan masuk kan sedikit dlm apa2 air minuman. 
-Potong halus dan masuk kan dlm apa2 sup
-Potong halus dan buat kerabu mangga

Rumpai laut yg tdk dimasak tidak boleh di buat masker atau sapu kt badan. kena berhati2 dgn kuantiti pengambilan. jika ambik byk boleh sakit perut dan sakit kepala. kena pandai2 agak kuantiti pengambilan ya.

Berapa banyak rumpai laut sekali masak?
Terpulang pada penguna. Disini sy bagi sedikit cadangan, 

Utk 50 gram rumpai laut + 1 liter air menghasilkan 
Kolagen yg boleh digunakan selama 1-2minggu 

Utk 100 gram rumpai laut + 2 liter air menghasilkan 
Kolagen yg boleh digunakan selama 2-4 minggu.

Kalau simpan di dalam peti ais sebulan, 
Kolagen siap di masak tak rosak ke?
Kolagen siap dimasak anti kulat. tidak rosak tetapi pastikan kolagen ini tidak bercampur dgn bahan makanan yg lain. contohnya gunakan sudu yg bersih semasa scoop kolagen. jika bercampur dgn makanan yg lain, kolagen akan rosak atau basi. 

Kolagen rumpai laut yg siap dimasak klu tk simpan dlm peti ais, tak per ke?
Mesti simpan dlm peti ais.klu tidak kolagen rumpai laut akan basi atau rosak.

Bagaimana rasa rumpai laut?
Tawar dan sedikit hanyir. Untuk kurangkan hanyir, rendam dgn daun pandan atau masukkan sehelai daun pandan semasa memasak.boleh juga rendam dgn asam keping atau tepung gandum. 
kolagen PMC akan cepat berkesan kalau diambil bersama vit c. Bagi yang tak suka telan pil, vit c ada cara mudah. Amalkan minum Jus PMC sunquick . 


Resepi Jus Sunquick PMC 
-2 sudu kolagen 
-sunquick secukup rasa
-dicampur dengan segelas air.... 
sedia diminum

perbezaan ungu dan putih daripada aspek fungsi 
UNGU LEBIH KEPADA MERAWAT MASALAH PENYAKIT KRONIK SPT SAKIT JANTUNG,STROK,GOUT,ASMA DAN SBGNYA... MANAKALA KUNING BERPERANAN LEBIH UNTUK KECANTIKAN LUARAN**** 
SILA TAKE NOTE!



Lagi FAQ...

PERTANYAAN UMUM



Q: APA PERBEZAAN UTAMA GRED AAA DAN AA ?
A: SELALUNYA.. SY SARANKAN UTK GRED AAA LEBIH KEPADA SESIAPA YG MENGHIDAPI PENYAKIT KRONIK, MANAKALA YG KUNING UTK KECANTIKKAN....

Q: ADA BRAPA JENIS DAN PERBEZAAN ANTARA KOLAGEN UNGU DAN PUTIH?
A: YANG MENDAPAT SMBUTAN ADA DUA SETAKAT INI, UNGU DAN KUNING EMAS..DUA DUA OK..TAPI JIKA PERMULAAN NAK CUBA..GUNA KUNING DULU PASTU CUBA YG UNGU...KERANA UNGU TINGGI SIKIT NUTRISI NYA.



Q: ADA PUTIH2 KAT KOLAGEN
A: TU HABLUR GARAM, AGEN ANTIBAKTERIA SEMULAJADI RUMPAI KERING. JANGAN RISAU..IA MUDAH DIBERSIHKAN DENGAN AIR

Q:UNGU LEBIH BERBAU HANYIR..MCM NA NAK ILANGKAN BAU?
A: BASUH TERLEBIH DAHULU DENGAN AIR PUTIH 6X..PASTU BASUH SEKALI TAW DUA KALI DENGAN AIR ASAM JAWA..PASTU BERSIHKAN G DENGAN AIR PUTIH..DAN TU MASA RENDAM..RENDAM DGN DAUN PANDAN..MSA REBUS...GUNA DAUN PANDAN GAK...BAU AKAN HILANG...


Q: ORIGINAL KE Kolagen NI?
A: SETAKAT NI..BELUM ADA LAGI CIPTAAN MANUSIA YG BOLEH MENIRU RUPABENTUK RUMPAI LAUT INI..MAKNANYA...SEMUA RUMPAI YG DITAWARKAN ORIGINAL RUMPAI LAUT ECOTTANI

Q: BARANG TAK SAMPAI LAGI..
A: KAMI HANYA MENGHANTAR...URUSAN PENGHANTARAN DITANGAN PIHAK COURIER..JIKA DAH DIHANTAR..WAKTU PENERIMAAN BERBEZA MENGIKUT KAWASAN..2 HINGGA 3 HARI WAKTU BEKERJA DIPERLUKAN BAGI POSLAJU... HARAP BERSABAR YA :)

Q: ADA EXPIRED KE RUMPAI NI?
A: JIKA PLASTIK TAK DIBUKA...TEMPOH BAIK DLM SETAHUN..JIKA DISIMPAN DI PETI AIS KAT BAHAGIAN SAYUR SAYURAN TU..LAGI LAMA BERTAHAN...JIKA DAH MASAK.. JANGAN SIMPAN KAT LUAR PETI AIS LAMA2 OK...IA CEPAT ROSAK DAN BASI...

Q: BERAPA HAD UMUR PENGGUNA Kolagen NI?
A: UMUR 7 HINGGA 12 TAHUN..GUNA SETENGAH SUDU 2 KALI SEHARI...UMUR 12 TAHUN KEATAS BOLEH MAKAN SESUDU ATAU LEBIH 3X SEHARI
WANITA MENGANDUNG, BAIK AMALKAN SELEPAS 4 BULAN USIA KANDUNGAN.. ANDA AKAN MENDAPTKAN BAYI YANG COMEL DAN BERKULIT PUITH...

Q: KENAPA RUMPAI NI BERBEZA2 WARNA... 
     ADA PUTIH, KUNING DAN KUNING COKLAT?
A: SEBAB..IA BERGANTUNG PADA CUACA..KALAU CUACA OK..WARNA RUMPAI KERING AKAN CANTIK.. JIKA CUACA MENDUNG JE SELALU..MAKA WARNA PUN AKAN BERUBAH...NAMUN..IA MASIH MMPUN YAI NUTRISI DAN KANDUNGAN YANG SAMA..

Q: DAH MASAK TAPI TETAP CAIR DAN TAK BERAPA NAK JADI JELLY
A: SEBAB..AIR YG ANDA GUNAKAN BERKEMUNGKINAN TERLEBIH...BAIK GUANAKAN 1.5 LITER AIR SAHAJA MASA MEREBUS...

Q: HALAL KAH?
A: ALHAMDULILLAH HALAL...PENIAGA DAN PENTERNAK BERAGAMA ISLAM



HARGA Kolagen...







 Tips Kecantikan...



Juga boleh dijadikan sebagai Masker... 




Ready to order?




Untuk tempahan, sila klik...




grrrrr....! Nanti duluuuuu.... !
Belum lagi? mmmm... 

Nak tengok Testimoni pulak?

No problemmmm... kami mempunyai banyak testimoni  :)



























Banyaknya testimoni kan? 



So, sekarang dah ready to order




Rasailah Kehebatan 
100% KOLAGEN ASLI